Thursday, March 31, 2011

UNTUK BERJAYA ANDA PERLU KENAL SIAPA DIRI ANDA

sumber artikel di ambil dari azhaan .com

Sebelum memulakan seminar, Prof. Zahin mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. “Siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin..Semua peserta mengangkat tangan.”Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu “.

Prof Zahin meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: “Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?”Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Zahin mengangguk dan mencebikkan bibir. “Okey apa kata kalau saya buat macam ni?” Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Zahin memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja.

Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. “Sekarang siapa nak duit ni?” tanya Prof Zahin. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan. “Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?” tanya Prof Zahin lagi. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala.

Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Zahin. “Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.””RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak.” kata Prof Zahin. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Zahin mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung. “Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi.”

“Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?”

jelas Prof Zahin. Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu…

Moral: Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita. Kita sendiri yang menilai diri kita… dan itulah nilainya.

Friday, February 5, 2010

Orang Melay* Kurang Disiplin (tapi bukan semuanya)

Terus terang saya katakan, ada segelintir orang Melay* bukanlah seorang yang berdisiplin tinggi dan mampu berIstiqamah untuk masa yang lama.

Datang kerja pun lambat. Orang suruh datang sebelum pukul 8.00 pagi, pukul 8.30 pagi baru terhegeh-hegeh sampai.

Itu adalah kelemahan yang perlu di ubah.( kadang-kadang saya pun macam tu).

Secara batinnya, kelemahan ini berjangkit ke tabiat yang lain, contohnya (saya dalam kes ini) dalam konteks menabung. Setiap bulan, mesti saya "withdraw" semula duit dari akaun-akaun simpanan saya.

Perkara ini mungkin perkara yang kecil, tetapi hakikatnya yang menanggung kerugian untuk jangka masa panjang adalah saya. Tambahan pula, saya memang tidak mampu untuk menabung 30% atau 40% dari gaji bulanan saya di sebabkan komitmen untuk keluarga dan membayar hutang2.

Sekiranya saya akan bersara (kerja makan gaji) pada had umur maksimum standard, iaitu umur 55 tahun, saya cuma ada masa dalam 29 tahun untuk memenuhkan kantung persaraan saya supaya tidak perlu menyusahkan orang lain.

Moral dari artikel ini ialah, marilah kita bersama-sama berubah ke arah gaya hidup yang lebih baik dan berdisiplin untuk menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Insyaallah.

Teruskan membaca………..

Kenapa Kita Perlu Menabung, cari side-income, dan Melabur?

Saya menabung, cari side-income dan melabur adalah untuk membolehkan saya membeli kereta, rumah, melangsaikan hutang-hutang dan menunaikan tanggungjawab saya tanpa menjejaskan kemampuan saya untuk mengharungi kehidupan harian yang semakin mencabar.

Bukan cakap kosong,ikhlas saya bagi tau anda semua, tanpa menabung, cari side-income dan melabur, kedudukan kewangan saya akan berada di area RED ALERT. Saya bukan merungut, sebaliknya menyedari hakikat tersebut. Walaupun gaji saya mencecah RM7500.00 sebulan. (Saya keje as Engineer kapal)

Hal ini memang tidak mampu saya nafikan, memandangkan keadaan di Malaysia yang sukar dijangka. Kenaikan kos hidup berkait secara langsung dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tarif air dan kenaikan tol.

Saya tidak boleh menunggu sesuatu yang belum pasti dapat, seperti bonus ( yg semakin sukar nak dapat) dan kenaikan gaji( bergantung pada KPI), tanpa berbuat apa-apa. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menabung, mencari side-income dan melabur.

Maka dengan ini saya syorkan kepada semua umat manusia di Malaysia khususnya, marilah kita menabung untuk ketenangan minda kita di kemudian hari, insyaallah.

Wednesday, February 3, 2010

disiplin dalam Pengurusan kewangan

Orang yang berjaya dan telah menjadi kaya faham akan kepentingan menguruskan kewangan mereka. Mereka belajar untuk disiplinkan diri. Mereka berjimat semasa berbelanja dan mendapat keuntungan kerana menyimpan.

Bagi yang tak berduit pula, suka mencari kekayaan dalam sekelip mata (tikam no ekor) atau berhutang dengan kad kredit semasa berbelanja. Selalunya apa yang dibeli dengan kad kredit akan berakhir dengan membayar sekali ganda dari harga asal barang tadi.

Ini pasti akan buat kita mengeluh pada hujung bulan, tetapi jika anda mampu untuk membayar hutang kad kredit pada bulan yang sama, ada kebaikannya. Anda akan mengumpul “treatpoints” di mana ia boleh ditukarkan kepada hadiah2 yang lumayan.

Tetapi dengan menabung, kita boleh membeli 2 barang yang sama jika dibandingkan dengan nilai duit yang perlu kita bayar apabila berbelanja menggunakan kad kredit.

So, akhir kata jika anda menabung, anda boleh mendapatkan sesuatu barang dengan nilai yang rendah, juga anda dapat menyimpan di dalam akaun simpanan.

Fikir-fikirkanlah kebenarannya

Pengenalan

Alhamdulillah dan Allahuakbar, Allah telah mengurniakan rahmatnya supaya saya dapat menulis di blog ini. Dalam blog ini, saya ingin berkongsi pendapat & cara menguruskan kewangan dari pengalaman saya.

Saya membesar dalam sebuah keluarga yang tidak mempunyai harta, pendek kata, dalam keluarga yang miskin walau bagaimanapun kami sekeluarga bahagia. Saya mempunyai 7 orang adik beradik. 2orang kakak, 2 orang abang, dan 2 orang adik(kembar lelaki+perempuan).saya anak yang ke 5.


Alhamdulillah, dalam keluarga saya, kami empat beradik dapat menyambung pelajaran di peringkat tinggi di dalam bidang Arkitek lanskap,sains marin,kejuteraan marin,dan kejururawatan. Berkat dari pengurusan kewangan yang berkesan yang di terapkan oleh kedua ibu bapa kami.


Ayah saya bukanlah seorang yang berjawatan tinggi, beliau cuma seorang pekerja buruh di sebuah ladang di Cameron highlands. Gaji bulanan bagi seorang pekerja buruh di ladang ini tidak menentu, ia bergantung kepada jumlah terkumpul hasil kutipan daun the setiap bulan.


Ibu saya pula tidak bekerja, beliau menjadi suri rumah sepenuh masa, menguruskan keperluan anak2 & juga suami setiap hari.


Dengan kesefahaman di antara ahli keluarga kecil ini, alhamdulillah ayah saya mampu memberi kemudahan dalam bentuk kewangan untuk kami adik beradik untuk menyambung pelajaran.